Tuesday, April 26, 2022

Lima tahun lebih , buat comeback ke ?!

Hi peeps !

Eh tak tahulah apa merasuk jiwa ini nak publish post . Lama gila kot tak post blog kan ? Anak dah besar baru nak main balik . Hahaha . Eh i dah kahwin ye , dah ada anak comel sorang :p Alhamdulillah .

Esok sebenarnya last day kerja sebelum cuti raya . Excited ye korang sebab dah dua tahun tak dapat beraya secara normal . Kena serang dengan Covid 19 ! Dah lama tak tulis blog tiba-tiba kena serang covid . Hek eleh sedih .

Cerita dia , tahun lepas beraya dekat Kelantan je . Tsk . Tak pernah terfikir dek akal , akan beraya kat sini . Like helooooo tak ada siapa kot kat sini . alhamdulillah dikurniakan jiran yang baik-baik so takdalah sedih sangat first syawal tu . Okay tipulah , sedih jugak . Masa vidcall family :\ Masa salam-salam suami , peluk sikit , end up dua-dua menangis . Baru sedar kot terpaksa beraya di rantauan . HAHA .Tapi best juga fikir balik , aku masak semua sendiri kot . Raya first siap buat rendang , nasi himpit kuah kacang is a must lah sebab fav suami i . Lepastu ada buat lontong raya ke berapa entah . Macam semua jadi rajin bila diserang covid terpaksa berkurung kat rumah . 

So tahun ni semua macam OKAY DAH BOLEH BERAYA NAK BALAS DENDAM BERAYA BETHOL-BETHOLLLL.  Tapi macam sedih juga , ada ramai kenalan yang kehilangan insan tersayang sepanjang dua tahun tak dapat beraya normal ni . Kebanyakannya sebab covid . Al fatihah:( 

Memandangkan Ramadhan berbaki lagi berapa hari saja lagi , i harap kita dapat perbanyakkan lagi ibadah , sedekah dan amal-amal baik ini . Semoga terus istiqamah sehingga akhir hayat . Aamiin. 

* semalam birthday suamiku . Happy belated birthday Sayang . 

" Apa impian b sempena meningkat umur ni ?"
" semoga b tak tinggal solat jemaah , banyak beramal sebab taktau mati bila . blablabla .. "

Lepastu start la dia cerita kisah pasal mati-mati ni . Bini kat sebelah dah sedih . okayla .

Publish ! 

Bye ❤

Ibu kalut cambiaser !

 Hi peeps! Semalam tiba-tiba cikgu tsekolah anak whatsapp nak buat sambutan kemerdekaan pastu macam ada la pertandingan mewarna ,pertandinga...