Wednesday, August 17, 2022

Ibu kalut cambiaser !

 Hi peeps!


Semalam tiba-tiba cikgu tsekolah anak whatsapp nak buat sambutan kemerdekaan pastu macam ada la pertandingan mewarna ,pertandingan baju tercantik kreatif bagai . Taktau la nak excited ke apa sebab last minute sangat dah rasanya . Selama ni duk tengok orang kalut cari baju Malaysia bagai i rileks je sebab yelah dia sekolah Pasti kan tak assume pun ada pertandingan baju camni HAHA teruknya i -.-

Try scroll Shoopee , ternyata bukan biasa-biasa ya harga baju merdeka zzz. Mengalahkan baju kita p kerja , nak pakai sehari je . I ni dh la ibu yang jimat binti kedekut . Maka termenung sejenak kumemikirkan hal ini , suami pun macam malas nak beli sebab tak berbaloi so we decided pergi gamble mana-mana pasaraya semalam . Semua jual tshirt je takkan nak pakai tshirt merdeka pulak . So kitorg beli tudung yang ada corak jalur gemilang tu , size kids pun besar dengan anak i yang memang kecik redho jela . 

So nanti nak bg dia pakai baju raya haritu which is memang warna kuning diraja , matchkan dengan tudung merdeka . setel . Menang tak menang belakang kira janji masuk tema :p

Lagi dua minggu sebenarnya . Ingakan minggu depan dah . Lols . Minggu depan ada appointment la , semoga dipermudahkan semua urusan ❤


Love ya !

Sunday, August 7, 2022

Kuasa doa

 Sebenarnya banyak je doa kita yang Allah dah makbulkan tapi kita selalu ingat time tak makbul(belum makbul lagi) Hish hina betol diri ini . Bab doa pun nak fikir negatif kan ? 

Yang paling i ingat , dulu before kahwin i selalu doakan Allah bukakan pintu hati husband(masatu pakwe la) i untuk ke masjid . Solat jemaah kan sebab dia masetu cam liiaaat sikit la setiap kali i pesan suruh pergi masjid ke surau . Memang tiap kali solat i akan selitkan doa ni . Alhamdulillah lepas je kahwin memang dia ni kaki masjid :) Sampaikan kadang-kadang i pulak ajak dia solat rumah biasalah perempuan kan aneh , ada masa macam nak solat dengan suami -.-" 

Dia selalu cakap takpela dia nak ke surau , dapat banyak pahala boleh kongsi dengan bini . Nasib baik la suami i bukan jenis mudah terpengaruh dengan bini dia yang aneh ini hahaha. 

Pastu masa i pregnantkan Safiyyah, i selalu doa "semoga dengan lahirnya zuriat ini , tak menghalang kami untuk terus beribadat kepadaMU " sebab yelah kan selalu kita dengar orang cakap ada anak kecik , nak solat , ngaji lama-lama pun susah . Nak solat kena gilir wehh kau tunggu jela nanti ada anak memang susah nak solat ! Giteww belum apa-apa dah disogok dengan bende tak elok . Orang macam ni elok kita azankan tepi telinga .

Alhamdulillah , lahirnya Safiyyah sampai dh nak empat tahun ni , takde masalah i nak solat/mengaji . Suami i pergi surau pun i boleh solat macam biasa . Kadang-kadang maghrib tu dia dah tidur , kalau tak tidur pun elok dia duduk tak mengacau. Syukurrr sangat . So mana-mana mommy yang tengah pregnant ke bolehlah selalu doakan yang terbaik . Janganlah fikir ada anak je serba benda takboleh buat . Tak baik tauuu .

Yang paling penting , jangan berputus asa dalam berdoa . Allah sentiasa mendengar doa dan rintihan hamba-hambaNya.Jangan jadi sombong siap solat terus bangun scroll handphone .Curi sedikit masa untuk berdoa, insyaAllah sampai masa yang sesuai Dia akan makbulkan ❤


Antara keadaan yang mustajab untuk berdoa :

- Ketika sujud 

-Ketika hujan 

- Ketika sakit 

- Antara waktu azan dan iqamah 


ni yang i biasa dengar . Boleh Google untuk lebih info . Okay TQ , XOXO bye !

Tuesday, July 19, 2022

Hari raya aidilfitri ft hari raya aidiladha

 Hi peeps !

Busy betol i ni ye ! previous post update pasal nak raya aidilfitri , tup-tup harini nak post pun dah lepas lepas raya aidiladha -.-" tak sempat la i nak cerita empat lima page pasal raya haritu .. okay je raya . Nama pun raya kan , macam biasa la busy kat dapur , busy kat meja makan . Oh ya , haritu raya ,terkejut ye wakk . so semua punya post macam " Selamat Hurry Raya " , " Pani-eid raya " eh yeke entah haha . 

kenapa raya terkejut ? yelah supposedly macam lusa will be hari raya , tapi tiba-tiba announce ESOK RAYAAAA  haa mau tak terkejut . Abang aku sampai pagi raya beb tsk . Semua hidang mana ada jela kot . Nasib baik rumah mak memang plan raya kedua baru masak beria . malam terkejut tu masak jela nasi minyak cam biaser . Tak panic mana la cite dia hehe . 

Raya korban dekat belah suami je . Sebab selalunya cuti raya korban ni tak lama sangat , walaupun tahun ni dekat 5 hari jugak la dapat cuti tapi kuakui pengertian raya korban yakni bekorban apa saja tak balik Terengganu pun . tibeh .

Raya dekat Pahang ? Tengah hari pergi picnic dekat Lubuk Yu ke apa nama entah . Ingatkan tak ramai orang tapi full okay . Memang aok semua tak berayer yekk ?! Dua hari before raya kitorang siap pergi Star Mall tengok Mat Kilau . Ni first experience Safiyyah tengok wayang . Dah la first time , terus tengok cerita lawan-lawan hahah . Nasib baik okay je walaupun dia banyak kali tutup mata sebab takut scene lawan ganas sangat . Overall best . Boleh bagi 1000/10 . wow sangat ye.?

Aku bosan sebenarnye ni tu yang publish post walhal takda cerita menarik pun O_O


bye lah wassalam !

Tuesday, April 26, 2022

Lima tahun lebih , buat comeback ke ?!

Hi peeps !

Eh tak tahulah apa merasuk jiwa ini nak publish post . Lama gila kot tak post blog kan ? Anak dah besar baru nak main balik . Hahaha . Eh i dah kahwin ye , dah ada anak comel sorang :p Alhamdulillah .

Esok sebenarnya last day kerja sebelum cuti raya . Excited ye korang sebab dah dua tahun tak dapat beraya secara normal . Kena serang dengan Covid 19 ! Dah lama tak tulis blog tiba-tiba kena serang covid . Hek eleh sedih .

Cerita dia , tahun lepas beraya dekat Kelantan je . Tsk . Tak pernah terfikir dek akal , akan beraya kat sini . Like helooooo tak ada siapa kot kat sini . alhamdulillah dikurniakan jiran yang baik-baik so takdalah sedih sangat first syawal tu . Okay tipulah , sedih jugak . Masa vidcall family :\ Masa salam-salam suami , peluk sikit , end up dua-dua menangis . Baru sedar kot terpaksa beraya di rantauan . HAHA .Tapi best juga fikir balik , aku masak semua sendiri kot . Raya first siap buat rendang , nasi himpit kuah kacang is a must lah sebab fav suami i . Lepastu ada buat lontong raya ke berapa entah . Macam semua jadi rajin bila diserang covid terpaksa berkurung kat rumah . 

So tahun ni semua macam OKAY DAH BOLEH BERAYA NAK BALAS DENDAM BERAYA BETHOL-BETHOLLLL.  Tapi macam sedih juga , ada ramai kenalan yang kehilangan insan tersayang sepanjang dua tahun tak dapat beraya normal ni . Kebanyakannya sebab covid . Al fatihah:( 

Memandangkan Ramadhan berbaki lagi berapa hari saja lagi , i harap kita dapat perbanyakkan lagi ibadah , sedekah dan amal-amal baik ini . Semoga terus istiqamah sehingga akhir hayat . Aamiin. 

* semalam birthday suamiku . Happy belated birthday Sayang . 

" Apa impian b sempena meningkat umur ni ?"
" semoga b tak tinggal solat jemaah , banyak beramal sebab taktau mati bila . blablabla .. "

Lepastu start la dia cerita kisah pasal mati-mati ni . Bini kat sebelah dah sedih . okayla .

Publish ! 

Bye ❤

Thursday, June 9, 2016

tertusuk



...............................


tolong , 
buat kali ini .
hormati pilihanku .

tolong ya ?

Ibu kalut cambiaser !

 Hi peeps! Semalam tiba-tiba cikgu tsekolah anak whatsapp nak buat sambutan kemerdekaan pastu macam ada la pertandingan mewarna ,pertandinga...